Saturday, 1 June 2013

My lovely Roomate :)

Hari2 di akhir semester 2.. roomate ku agak busy dengan kerjanya.. 

mahu kata assignment bukan pula... hm rupanya dia ditugaskan untuk menyiapkan report yang perlu dihantar kepada pihak atasan UKM bagi meluluskan dan mendaptakan LC untuk program semester depan... 

Kesian juga aku tengok dekat dia ni... dah berhari menghadap laptop semata2 nak menyiapkan kertas kerja tu.. aaiihh.. kalo dah mula dia bercakap sendiri untuk buat ayat tu  haa jangan terkejut ja laa dengan macam2 peragaan gaya nya.. haaha boleh jadi "model orang tension"..hehehe 

Yang pasti semua ni adalah disebabkan tugas yang memelukan isi2 laporan dimasukkan ke dalam Sistem Pembangunan Insaniah (SPI) pelajar,... dah laa baru 1st time nak buat ni... baru nak explore benda2 ni semua... kadang tu sampai stress dia sebab ada lagi pula maklumat yang tak tahu nak isi apa... ni laa yang menyakitkan hati kepada yang baru nak ambil tahu buatnya macam mana memandangkan semua pun tak tahu nak buat..hehehe

tu lain cerita pula, perancangan untuk masa belajarnya agak terganggu.. bukan selalu tapi adalaa... 
Dah laa exam akhir dah dekat... hm tapi tak apa.. tengok kedaan dia yang kuat semangat ni, saya tahu roomate saya mampu menghadapinya.. walaupun saya rasa saya tak membantu dia.. tapi cukup saya menemankan dia walau tidak secara langsung saya katakan saya berbuat sedemikian untuk dia yang membuat kerja nya sampai lewat malam..

Tak perlu dia tahu, tapi inilah niat saya... sebab lepas habis semseter ni, nak sebilik dengan dia lagi, mungkin 
tak sudah sebab kami dah naik ke tahun 2..

Banyak cerita saya dengan roomate saya yang seorang ni.. dia ni dah laa adik2 (sbb comel) hehe.. tapi bijak  otak dia ni.. banya betul pengetahuan dia..hehehe bagus kn.. jeles dengan dia ni sebenarnya.. banyak isu2 dulu. sekarang,  ataupun senang cakap banyak benda laa dia tahu..hi3... 

Apa2 pun saya mendoakan roomate kesayangan saya ni berjaya dunia dan akhirat walau di mana sahaja dia berada, dekat atau jauh dari saya.. saya harap jangan dilupakan jalinan persahabtan yang kita jalinkan selama tinggal sebilik.. 
Maaf atas semua kesilapan saya samada secara sengaja ataupun tidak... 

Cukup sekadar perkongsian umum.... :) 


* dari kiri -
saya, roomate, jiran (hehehe)


~ Orentasi.. We always together ~ :)


~ Miss the moment for the first time i knew and spent time with her in the early 1st sem ago ~

I wanna keep every memory with you because all of it is the best memory in my life between us

Nur Ashiqin binti Hj Ostin & Shaidatul Munirah binti Musa 
Blok D2. 216
Kolej Pendeta Zaba
UKM
<3 <3 <3

Assignment PD last Punyaa...

Pembangunan Diri II


Alhamdulillah.. akhirnya tugasa akhir PD dah selesai... 
Untuk subjek ni, tugasan nya adalh secara berkumpulan dan ahli2 kumpulan saya adalah.... 
  1. Zubaidi
  2. Jenica
  3. Rahimah
  4. Rosemary
  5. Noraini
terdiri daripada 6 orang termasuk saya laa tu yee.. 

Tugasan yang kami perlu buat adalah yang ebrkaitan dengan elektronik, maksudnya kami bukanlaa seperti set2 lain yang perlu membuat aktiviti di luar kampus... Namu tugasan ini tetap menarik sebab kami semua sepakat memilih tajuk "penggunaan Facebook sebagai medium Perhubungan Perniagaan dalam kalangan Mahasiswa UKM" 

kami diberi peluang untuk membuat pembentangan sebanyak 2 kali dan tugasan terakhir adalh menghantar laporan akhir...  :)

Jadi, nak cerita juga laa... apa persediaan kami sebagai satu kumpulan melaksanakan tugasan ini.. 

Masa pembentangan pertama, dikategorikan sebagai Refleksi 1..

- untuk pembentangan awal ni, kami kena nyatakan perkembangan kajian kami seperti pengenalan, objektif kajian, permasalahan, kaedah dan rangka kasar borang soal selidik... 

Alhamdulillah, pembentangan pertama berlaku dengan lancar.. :) atas kerjasama semua ahli kumpulan..

Pembentangan kedua, persembahan hasil keseluruhan..

- haa...masa ni ada msalah sikit.. dari pensyarah sendiri dan rakan2 sekelas.. 
bagi saya nampak ketidak hormatan kepada tenaga pengajar.. termasuk diri saya sendiri tanpa perlu saya ceritakan dengan lebih lanjut apa yang terjadi... Sebab masa tu semua orang kurang preparation untuk pembentangan... paling ketara sekali, bahasa yang digunakan, pakaian pembentang dan cara penyampaian yang menampakkan sangat tidak diaplikasikan pembelajaran pada semester lalu... kemudian semua kumpulan diminta untuk melakukan pembentangan buat kali kedua... 

Dan akhirnya, pensyarah agak berpuas hati terhadap usaha pembaikan yang cuba dilakukan oleh semua pelajar nya.. 
dan kumpulan kami juga telah membuat sedikit pembaharuan untuk pembentangan iaitu dengan menyelitkan video perbincangan, persediaan dan usaha2 gigih2 kmi untuk melaksanakan tugasan kami.. 
pensyarah tidak memberikan komen kepada semua kumpulan...tapi terserlah pada wajah garanga nya yang dia boleh menerima cara pembentangan kami... 

Kemudian , ke tugasan akhir, folio iaitu laporan akhir.. 
agak mencabar, tetapi atas kerjasama semua, kami mampu menyiapkan pada tempoh yang ditetapkan.. kami  membuat keputusan untuk membahagikan tugas supaya part2 itu mudah dilaksanakan dan diselesaikan dengan segera,... 

~ Akhirnmya, folio siap dengan bilangan muka surat sebanyak 21 sahaja walaupun tidak setebal kumpulan lain tetapi kami semua berpuasa hati dengan kerja masing2 yang sangat bertungkus lumus.. (boleh laa dikatakn) hi3... 

haahha dan hantar.. yeee :D 

tamat cerita Pembangunan Diri II di semester 2 ni.. hehehe

Salam untuk junior yang bakal ambil.. :) 

Jumpa lagi... 


Tidur lagi...

Assalamualaikum wbt.

Semalam kalau ikut perancangan, hari ni nak study.. hi3 
alhamdulillah matlamat mahu study tercapai... TAPI matlamat yang studykan tak dapay apa2...hahaa

macam ni ceritanya... 

Merancang untuk belajar, mulanya di library, tapi bila mengenangkan tiada bas dari kolej ke library, akhirnya buat keputusan untuk belajar di bilik sendiri... 
Jam terus berpusing sehingga ke tengahari.. Telefon berbunyi menandakan ada sms masuk.. 

"Jom, Study d kafe ".....

erk... haa...ok2... jap lagi turun... sampai kafe, aktiviti pertama adalah makan..hahaha itu sudah semestinya... selepas itu, mulalah membaca buku kononnya... namun setelah itu, masuk sahaja waktu Zohor, tiba2 pula keluar idea mahu study di surau... jeng3... nampak sudah permainannya yang tidak diluahkan tetapi terlihat corong2 niat lain..hahahaha

berkemas2... dan menggerakkan langkah menuju ke surau... setiba di surau, tak buka buku... terus pergi ambil air sembahyang.. Sudah tu, duduk sambil menghadapa buku.. ceh.. meneruskan niat yang rajin pada mulanya... 

"Sekarang, pukul berapa? kejutkan aku pukul 3.30 ya..." berkata sambil senyum... dan terus membaringkan diri... 

hm... jam dah menunjukkan pukul 3.30...tapi saya kejutkan dia pukul 3.45..hahahaha

tapi cukup sekadar buka mata dan sambung tidur lagi... 

"err dia ni" ...hmmm saya meneruskan membaca apa yang perlu... secara perlahan2, saya bertukar position..ceh.. lenguh laa kalo statik ja kan..hehehe  sampai laa ke tahap baring posisi saya.. haaa buku yang dipeganga adalah berata dan  mata pun juga turut menjadi semakin berat...hahhaa nampak dah ceritanya..hehehe

~ akhirnya, kami tidur bersama2...hehee ~

"ALLAHUAKHBAR...ALLAHUAKHBAR... " azan bergema.. masuk waktu asar...

dan tidak semena2 kami berdua secara serentak terduduk kerana terkejut.. berpandangan antara satu sama lain...dan kemudian kami terketawa... geli hati melihat tingkah kedua2 nya yang serentak dek kerana terkejut...hahaha 

Lepas asar, sambung buat kerja masing2... 

Namun, akhirnya pengakuan terpaksa dilakukan... kerana tujuan hari ni untuk belajar adalah tidak tercapai... huhuhu sedih juga... masa berlalu begitu saja... hm... kn... betullah bak kata pepatah melayu dulu..
 "MASA ITU EMAS"  ...

Tidur tak perlu dirancang kerana kita tetap akan tidur... tak kira masa dan tempat... betul juga kn.. ni laa salah satu contonhya... 

Niat sebenarnya nak dikongsikan apa pesanan lecturer masa kelas terakhir hari tu...
" Kurangkan tidur".. 
dan pesannya tuuu laa ayat kat atas ni haaa.... contoh terbaik nya.. cerita atas tadi tu laa.... 

* MORAL VALUE :  kurangkan tidur dan kuatkan semangat untuk belajar dan mencapai kejayaan... :) 

AKU BOLEH !!!!! yeahhh