Friday, 22 July 2016

Selepas 3 tahun...

Assalamualaikum wbt dan hai3 semua rakan2 blog.. apa khabar uoll? harap baik2 hendaknya.. ;) lama tak buka blog ni..lebih 3 tahun dh.. tak sangka cepat ja masa berlalu..dari last post yg lepas..

tp kn....Kenapa lepas 3 tahun? Apa berlaku 3 tahun? hahaha ni yang pelik ni.. tetibaa hari ni sy buka balik blog ni.. sedang kn dh lebih 3 tahun sy tak buka blog ni.. hehehe ni berpunca dari berbual2 dengan kawan2.. kononnya hendak menyibukkan diri mencari nama dan identiti sendiri di google.. manalah tahu kn keluar maklumat diri kita kn..  

Bermulalah cerita kami dengan menaip nama penuh sendiri di ruang carian google.. macam2 la yang keluar dengan carian dan bantuan pacik google.. maklumat sistem yang digunakan semasa belajar dulu kala, maklumat subjek2 yang dipelajari, dan yang paling penting maklumat media sosial masing2 yang digunakan..hahaha disinilah KENAPA SAYA BUKA BALIK BLOG NI..  happy juga sebenarnya.. tak terfikir sy kembali mempost something dalm entri ni.. 
akan lah diusahakan untuk tidak mengabaikan blog ni pada masa akan datang.. terasa sayang kalau dipadam.. tiada orang baca pun, cukup lah sebagai tempat meluahkan perasaan yang mungkin dapat dikongsikan pada mana2 kawan yang membaca.. kan..

mungkin ada masanya dapat juga menggunakan media ini sebagai medium menyalurkan isu2 dan perkara2 yang difikirkan perlu untuk dikongsikan.. 

tapi sebelum memberikan kata2 penutup entri kali ini, terasa ingin menceritakan sedikit tentang diri ini.. 

Kini, diriku sedang menyertai Skim Sangkutan dan Latihan (SSL) 2016 yang dianjurkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPANS) dalam tempoh 8 bulan sejak bulan Febuari yang lepas. Semasa menyertai Skim SSL ini, banyak sebenarnya pengalaman yang dapat sy peroleh dan tujuan SSL ini juga adalah untuk memberikan pendedahan kepada graduan dalam dunia dan alam pekerjaan selain menjadi pengalaman bekerja sebelum atau dalam usaha memperoleh kerjaya yang lebih tetap. Tidak apalah dalam dunia sekarang, tidak dinafikan bahawa mencari kerja bukanlah suatu yang mudah tetapi ini tidaklah saya kategorikan sebagai dugaan malah keadaan ini sebenarnya adalah cabaran yang mesti saya usahakan untuk berada dalam pasaran graduan yang mencari pekerjaan. In Sha Allah

Berbalik dengan Skim Sangkutan dan Latihan ini, SSL ini hanya dibuka dan diberikan peluang kepada warganegara Sabah sahaja dan akan ditempatkan di Jabatan2 Kerajaan Negeri Sabah. Permohonan akan dibuka pada hujung tahun di laman web rasmi JPANS. Ada masa lain kali, jika permohonan ini dibuka lagi, saya akan share kan...mana tahu kawan2 lain boleh rujuk dan ada rezeki.. rezeki bukan datang bergolek tanpa kita usahakan kan.. In Sha Allah

okay laa.. setakat ni ja dulu untuk entri kali ini.. banyak lagi mau ceritakan sebenarnya..2 tahun tu.. hahaha tapi lain kali sajalah.. sikit2.. jangan gelojoh sgt kn.. hahaha 

alright semuanya.. salam berbahagia dan syukur selalu.. :D

Saturday, 1 June 2013

My lovely Roomate :)

Hari2 di akhir semester 2.. roomate ku agak busy dengan kerjanya.. 

mahu kata assignment bukan pula... hm rupanya dia ditugaskan untuk menyiapkan report yang perlu dihantar kepada pihak atasan UKM bagi meluluskan dan mendaptakan LC untuk program semester depan... 

Kesian juga aku tengok dekat dia ni... dah berhari menghadap laptop semata2 nak menyiapkan kertas kerja tu.. aaiihh.. kalo dah mula dia bercakap sendiri untuk buat ayat tu  haa jangan terkejut ja laa dengan macam2 peragaan gaya nya.. haaha boleh jadi "model orang tension"..hehehe 

Yang pasti semua ni adalah disebabkan tugas yang memelukan isi2 laporan dimasukkan ke dalam Sistem Pembangunan Insaniah (SPI) pelajar,... dah laa baru 1st time nak buat ni... baru nak explore benda2 ni semua... kadang tu sampai stress dia sebab ada lagi pula maklumat yang tak tahu nak isi apa... ni laa yang menyakitkan hati kepada yang baru nak ambil tahu buatnya macam mana memandangkan semua pun tak tahu nak buat..hehehe

tu lain cerita pula, perancangan untuk masa belajarnya agak terganggu.. bukan selalu tapi adalaa... 
Dah laa exam akhir dah dekat... hm tapi tak apa.. tengok kedaan dia yang kuat semangat ni, saya tahu roomate saya mampu menghadapinya.. walaupun saya rasa saya tak membantu dia.. tapi cukup saya menemankan dia walau tidak secara langsung saya katakan saya berbuat sedemikian untuk dia yang membuat kerja nya sampai lewat malam..

Tak perlu dia tahu, tapi inilah niat saya... sebab lepas habis semseter ni, nak sebilik dengan dia lagi, mungkin 
tak sudah sebab kami dah naik ke tahun 2..

Banyak cerita saya dengan roomate saya yang seorang ni.. dia ni dah laa adik2 (sbb comel) hehe.. tapi bijak  otak dia ni.. banya betul pengetahuan dia..hehehe bagus kn.. jeles dengan dia ni sebenarnya.. banyak isu2 dulu. sekarang,  ataupun senang cakap banyak benda laa dia tahu..hi3... 

Apa2 pun saya mendoakan roomate kesayangan saya ni berjaya dunia dan akhirat walau di mana sahaja dia berada, dekat atau jauh dari saya.. saya harap jangan dilupakan jalinan persahabtan yang kita jalinkan selama tinggal sebilik.. 
Maaf atas semua kesilapan saya samada secara sengaja ataupun tidak... 

Cukup sekadar perkongsian umum.... :) 


* dari kiri -
saya, roomate, jiran (hehehe)


~ Orentasi.. We always together ~ :)


~ Miss the moment for the first time i knew and spent time with her in the early 1st sem ago ~

I wanna keep every memory with you because all of it is the best memory in my life between us

Nur Ashiqin binti Hj Ostin & Shaidatul Munirah binti Musa 
Blok D2. 216
Kolej Pendeta Zaba
UKM
<3 <3 <3

Assignment PD last Punyaa...

Pembangunan Diri II


Alhamdulillah.. akhirnya tugasa akhir PD dah selesai... 
Untuk subjek ni, tugasan nya adalh secara berkumpulan dan ahli2 kumpulan saya adalah.... 
  1. Zubaidi
  2. Jenica
  3. Rahimah
  4. Rosemary
  5. Noraini
terdiri daripada 6 orang termasuk saya laa tu yee.. 

Tugasan yang kami perlu buat adalah yang ebrkaitan dengan elektronik, maksudnya kami bukanlaa seperti set2 lain yang perlu membuat aktiviti di luar kampus... Namu tugasan ini tetap menarik sebab kami semua sepakat memilih tajuk "penggunaan Facebook sebagai medium Perhubungan Perniagaan dalam kalangan Mahasiswa UKM" 

kami diberi peluang untuk membuat pembentangan sebanyak 2 kali dan tugasan terakhir adalh menghantar laporan akhir...  :)

Jadi, nak cerita juga laa... apa persediaan kami sebagai satu kumpulan melaksanakan tugasan ini.. 

Masa pembentangan pertama, dikategorikan sebagai Refleksi 1..

- untuk pembentangan awal ni, kami kena nyatakan perkembangan kajian kami seperti pengenalan, objektif kajian, permasalahan, kaedah dan rangka kasar borang soal selidik... 

Alhamdulillah, pembentangan pertama berlaku dengan lancar.. :) atas kerjasama semua ahli kumpulan..

Pembentangan kedua, persembahan hasil keseluruhan..

- haa...masa ni ada msalah sikit.. dari pensyarah sendiri dan rakan2 sekelas.. 
bagi saya nampak ketidak hormatan kepada tenaga pengajar.. termasuk diri saya sendiri tanpa perlu saya ceritakan dengan lebih lanjut apa yang terjadi... Sebab masa tu semua orang kurang preparation untuk pembentangan... paling ketara sekali, bahasa yang digunakan, pakaian pembentang dan cara penyampaian yang menampakkan sangat tidak diaplikasikan pembelajaran pada semester lalu... kemudian semua kumpulan diminta untuk melakukan pembentangan buat kali kedua... 

Dan akhirnya, pensyarah agak berpuas hati terhadap usaha pembaikan yang cuba dilakukan oleh semua pelajar nya.. 
dan kumpulan kami juga telah membuat sedikit pembaharuan untuk pembentangan iaitu dengan menyelitkan video perbincangan, persediaan dan usaha2 gigih2 kmi untuk melaksanakan tugasan kami.. 
pensyarah tidak memberikan komen kepada semua kumpulan...tapi terserlah pada wajah garanga nya yang dia boleh menerima cara pembentangan kami... 

Kemudian , ke tugasan akhir, folio iaitu laporan akhir.. 
agak mencabar, tetapi atas kerjasama semua, kami mampu menyiapkan pada tempoh yang ditetapkan.. kami  membuat keputusan untuk membahagikan tugas supaya part2 itu mudah dilaksanakan dan diselesaikan dengan segera,... 

~ Akhirnmya, folio siap dengan bilangan muka surat sebanyak 21 sahaja walaupun tidak setebal kumpulan lain tetapi kami semua berpuasa hati dengan kerja masing2 yang sangat bertungkus lumus.. (boleh laa dikatakn) hi3... 

haahha dan hantar.. yeee :D 

tamat cerita Pembangunan Diri II di semester 2 ni.. hehehe

Salam untuk junior yang bakal ambil.. :) 

Jumpa lagi... 


Tidur lagi...

Assalamualaikum wbt.

Semalam kalau ikut perancangan, hari ni nak study.. hi3 
alhamdulillah matlamat mahu study tercapai... TAPI matlamat yang studykan tak dapay apa2...hahaa

macam ni ceritanya... 

Merancang untuk belajar, mulanya di library, tapi bila mengenangkan tiada bas dari kolej ke library, akhirnya buat keputusan untuk belajar di bilik sendiri... 
Jam terus berpusing sehingga ke tengahari.. Telefon berbunyi menandakan ada sms masuk.. 

"Jom, Study d kafe ".....

erk... haa...ok2... jap lagi turun... sampai kafe, aktiviti pertama adalah makan..hahaha itu sudah semestinya... selepas itu, mulalah membaca buku kononnya... namun setelah itu, masuk sahaja waktu Zohor, tiba2 pula keluar idea mahu study di surau... jeng3... nampak sudah permainannya yang tidak diluahkan tetapi terlihat corong2 niat lain..hahahaha

berkemas2... dan menggerakkan langkah menuju ke surau... setiba di surau, tak buka buku... terus pergi ambil air sembahyang.. Sudah tu, duduk sambil menghadapa buku.. ceh.. meneruskan niat yang rajin pada mulanya... 

"Sekarang, pukul berapa? kejutkan aku pukul 3.30 ya..." berkata sambil senyum... dan terus membaringkan diri... 

hm... jam dah menunjukkan pukul 3.30...tapi saya kejutkan dia pukul 3.45..hahahaha

tapi cukup sekadar buka mata dan sambung tidur lagi... 

"err dia ni" ...hmmm saya meneruskan membaca apa yang perlu... secara perlahan2, saya bertukar position..ceh.. lenguh laa kalo statik ja kan..hehehe  sampai laa ke tahap baring posisi saya.. haaa buku yang dipeganga adalah berata dan  mata pun juga turut menjadi semakin berat...hahhaa nampak dah ceritanya..hehehe

~ akhirnya, kami tidur bersama2...hehee ~

"ALLAHUAKHBAR...ALLAHUAKHBAR... " azan bergema.. masuk waktu asar...

dan tidak semena2 kami berdua secara serentak terduduk kerana terkejut.. berpandangan antara satu sama lain...dan kemudian kami terketawa... geli hati melihat tingkah kedua2 nya yang serentak dek kerana terkejut...hahaha 

Lepas asar, sambung buat kerja masing2... 

Namun, akhirnya pengakuan terpaksa dilakukan... kerana tujuan hari ni untuk belajar adalah tidak tercapai... huhuhu sedih juga... masa berlalu begitu saja... hm... kn... betullah bak kata pepatah melayu dulu..
 "MASA ITU EMAS"  ...

Tidur tak perlu dirancang kerana kita tetap akan tidur... tak kira masa dan tempat... betul juga kn.. ni laa salah satu contonhya... 

Niat sebenarnya nak dikongsikan apa pesanan lecturer masa kelas terakhir hari tu...
" Kurangkan tidur".. 
dan pesannya tuuu laa ayat kat atas ni haaa.... contoh terbaik nya.. cerita atas tadi tu laa.... 

* MORAL VALUE :  kurangkan tidur dan kuatkan semangat untuk belajar dan mencapai kejayaan... :) 

AKU BOLEH !!!!! yeahhh

Friday, 31 May 2013

Connect Akaun... hm :)

Assalamualaikum wbt...

Connect akaun... ni cerita lain pula dah kali ni..hehehe

Connect ni adalah satu sistem latihan ataupun tugasan bagi subjek akaun melalui online... hm dari sem 1 sampai sem 2 semua student yang ambil subjel akaun kena sign in melalui connect utk jawab kuiz dan latihan....

hehehe ni pasal tak tahu mau cerita apa la ni... pasal connect pun nak bagitau dah...

Tugasan kuiz connect ni mrkah keseluruhan akan diambil sbyk 10%... haaa...
kalau nak tahu masa sblm cuti mid sem, ada 1 kuiz saya past due date... hehehe tak sempat jawab... (lupa sebenarnya) hehehe n xtau juga hahaha...

sebab tu laa... sekarang selalu cuba buat yang terbaik dalam setiap kuiz dan tugasan connect ni.. karang senang2 ja mrkh akaun drop..sbb kuiz connect tlepas...aish... eheh
tp alhamdulilla setakat ni, semua ok.. :)

mudah2an dapat yang terbaik dalam exam Akaun sem ni.. hi3... hope my pointer this sem is as good as well... :p insyaallah..

~ mood mahu berjaya ~  :p hehehe

Tenang nyaa.... :)

Assalamualaikum wbt.

hm.. rasa tenang dalam hati ni.. tiba2 pula nak stay dekat surau ni bersama ima.. tadi lepas makan malas dah nak balik bilik..dah tu dua2 ambil keputusan nak stay dekat surau...
Masing2 melayan kepenatan sendiri... yang tak tau mana penat nya datang ni..hehehe

Tapi bila duduk dalam surau ni, memang ketenang tu ada.. terasa sangat.. :)

Kalau kita yang cuba mendekatkan diri dengan Dia... Takkan laa Dia yang nak menjauhkan diri dari kita kn...

Dari Asar tadi duduk dekat surau Kolej ni..

Bukan nak kata dalam bilik tu tak tenang, tapi ketenangan ni lebih dirasakan bila kita sendiri tak mencari nya.. sebab sememangnya kita dah berada di tempat yang tenang...

hm...:) bahagia yang terpancar di wajah masing-masing...

Salam maghrib ~~~ :D

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan :)

Assalamualaikum wbt.

31 Mei .. hari ni Pulau Borneo cuti sebab sambut Kaamatan.. tapi dekat Semenanjung, cuti pun tak ada.. huhuhu

apa tu Pesta Kaamatan??


Pesta Kaamatan atau nama lain iaitu (Tadau Kaamatan) atau di dalam bahasa Kadazan "Magavau" merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu semangat padi. Perayaan ini adalah amalan secara tradisi Kaum Kadazan-Dusun sejak zaman berzaman. Perayaan "Magavau" ini biasanya diadakan selepas selesai menuai padi. Pesta Kaamatan yang dirayakan dewasa ini telah diluluskan oleh Majlis Undangan Kerajaan Koloni sebagai cuti umum Sabah sejak tahun 1960 lagi, oleh Tun Haji Mohamad Fuad Stephens, Ketua Menteri Sabah yang pertama.


Sambutan Pesta Kaamatan...

Antara sambutan menarik yang diadakan ialah persembahan dan pertandingan tarian Sumazau. Tarian ini ditarikan oleh kaum petani terdiri daripada lelaki dan perempuan dengan memakai pakaian tradisional mereka. Tarian ini dengan iringan paluan gong. Tarian ini ditarikan dengan kedua-dua tangan diangkat ke paras bahu dan dikibar-kibarkan umpama kipasan sayap burung, mengikut alunan rentak yang dimainkan.

Selain daripada persembahan tarian Sumazau, diadakan juga pertandingan nyanyian dipanggil Sugandoi, pertunjukan bina badan, dan ratu cantik atau "Unduk Ngadau", dan persembahan segala jenis kesenian dan kraftangan. Pertandingan seperti memukul gong dan sukan rakyat juga menjadi antara acara utama dalam perayaan ini.


Hidangan Utama ?? hehehe ni laa hidangan yang mesti ada bila sambut Pesta Kaamatan..hehehe

Antara hidangan popular semasa perayaan ini ialah meminum tapai atau "Kinomol", iaitu sejenis arak tradisional. Tapai merupakan minuman tradisi mereka, diperbuat sama ada daripada beras (nasi) atau ubi kayu. Nasi akan diperam di dalam sebuah tempayan besar atau "tajau" selama seminggu, atau ubi kayu diperam selama dua hingga tiga minggu. Biasanya tapai dicampur dengan ragi untuk mempercepatkan proses "memberi rasa" kepada tapai tersebut.


Makanan tradisional turut disediakan sempena hari tersebut.


Mereka menggunakan sebatang buluh kecil yang dipanggil "Sumbiling" untuk menyedut air tapai ini dari dalam tempayan besar. Biasanya sumbiling digunakan untuk meminum air tapai yang diperbuat daripada ubi kayu. Selain itu, mereka juga menggunakan gelas khas dinamakan "Singgarung" yang diperbuat daripada buluh.

sambutan ni pun semestinya laa juga disambut oleh keluarga saya yang berada di kampung Limbawan keningau sabah..
Saya ni orang Murut juga... tapi dah kacuk dengan Suluk..hahaha tu yang muka dah lain dah.. hehehe

Apa2 pun 

Salam Hari Kaamatan Borneo ~

Aramaitiii !!!! hahahaa

Salam bercuti semua... :D