Assalamualaikum wbt dan hai3 semua rakan2 blog.. apa khabar uoll? harap baik2 hendaknya.. ;) lama tak buka blog ni..lebih 3 tahun dh.. tak sangka cepat ja masa berlalu..dari last post yg lepas..
tp kn....Kenapa lepas 3 tahun? Apa berlaku 3 tahun? hahaha ni yang pelik ni.. tetibaa hari ni sy buka balik blog ni.. sedang kn dh lebih 3 tahun sy tak buka blog ni.. hehehe ni berpunca dari berbual2 dengan kawan2.. kononnya hendak menyibukkan diri mencari nama dan identiti sendiri di google.. manalah tahu kn keluar maklumat diri kita kn..
Bermulalah cerita kami dengan menaip nama penuh sendiri di ruang carian google.. macam2 la yang keluar dengan carian dan bantuan pacik google.. maklumat sistem yang digunakan semasa belajar dulu kala, maklumat subjek2 yang dipelajari, dan yang paling penting maklumat media sosial masing2 yang digunakan..hahaha disinilah KENAPA SAYA BUKA BALIK BLOG NI.. happy juga sebenarnya.. tak terfikir sy kembali mempost something dalm entri ni..
akan lah diusahakan untuk tidak mengabaikan blog ni pada masa akan datang.. terasa sayang kalau dipadam.. tiada orang baca pun, cukup lah sebagai tempat meluahkan perasaan yang mungkin dapat dikongsikan pada mana2 kawan yang membaca.. kan..
mungkin ada masanya dapat juga menggunakan media ini sebagai medium menyalurkan isu2 dan perkara2 yang difikirkan perlu untuk dikongsikan..
tapi sebelum memberikan kata2 penutup entri kali ini, terasa ingin menceritakan sedikit tentang diri ini..
Kini, diriku sedang menyertai Skim Sangkutan dan Latihan (SSL) 2016 yang dianjurkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPANS) dalam tempoh 8 bulan sejak bulan Febuari yang lepas. Semasa menyertai Skim SSL ini, banyak sebenarnya pengalaman yang dapat sy peroleh dan tujuan SSL ini juga adalah untuk memberikan pendedahan kepada graduan dalam dunia dan alam pekerjaan selain menjadi pengalaman bekerja sebelum atau dalam usaha memperoleh kerjaya yang lebih tetap. Tidak apalah dalam dunia sekarang, tidak dinafikan bahawa mencari kerja bukanlah suatu yang mudah tetapi ini tidaklah saya kategorikan sebagai dugaan malah keadaan ini sebenarnya adalah cabaran yang mesti saya usahakan untuk berada dalam pasaran graduan yang mencari pekerjaan. In Sha Allah
Berbalik dengan Skim Sangkutan dan Latihan ini, SSL ini hanya dibuka dan diberikan peluang kepada warganegara Sabah sahaja dan akan ditempatkan di Jabatan2 Kerajaan Negeri Sabah. Permohonan akan dibuka pada hujung tahun di laman web rasmi JPANS. Ada masa lain kali, jika permohonan ini dibuka lagi, saya akan share kan...mana tahu kawan2 lain boleh rujuk dan ada rezeki.. rezeki bukan datang bergolek tanpa kita usahakan kan.. In Sha Allah
okay laa.. setakat ni ja dulu untuk entri kali ini.. banyak lagi mau ceritakan sebenarnya..2 tahun tu.. hahaha tapi lain kali sajalah.. sikit2.. jangan gelojoh sgt kn.. hahaha
alright semuanya.. salam berbahagia dan syukur selalu.. :D
1 comment:
Bagaimana dengan SSL, Sekarang sudah dapat kerja tetap ka
Post a Comment