Saturday, 25 May 2013

"Airmata Dunia"


Assalamualaikum wbt.


"AIRMATA DUNIA"... erk apa ni? hehe 


Hari ni nak share cerita kenangan pula. Dulu saya belejar di Kolej Matrikulasi Labuan. Setahun saja tahun 2011/2012. kalu nak cerita semua tu panjang sangat. Sebenarnya, nak sesuatu yang tiba-tiba teringat pula.

Sepanjang berada di kolej tu, pada semester 2, setiap tahun pasti ada "Minggu Penghayatan Islam (MPI)". Pada minggu pelbagai aktiviti diadakan seperti "Battle of Islamic Band", pertandingan nasyid, pertandingan tulisan khat, pertandingan poster, pertandingan puisi dan banyak lagi. Saya pun salah seorang AJK dia juga la. Tapi saya pun ada menyertai program ni juga. Saya ikut "Pertandingan Puisi". Pertandingan hanya 4 kategori ja :


  • Puisi Melayu Lelaki
  • Puisi Melayu perempuan
  • Puisi Inggeris Lelaki
  • Puisi Inggeris Perempuan
tapi saya cuma meyertai satu kategori saja la. Rasanya mesti dah agak mana satu kategori saya kan..hehehe semestinya la KATEGORI PUISI MELAYU PEREMPUAN. Mulanya hati tu memang nak ikut juga kategori Inggeris punya. Tapi saya ni lebih suka buat puisi sendiri. Untuk pertandingan Puisi ni, tak ada tema yang ditetapkan. Tetapi ada puisi yang disediakan untuk dibacakan bagi yang meyertai Program ni. Maklum la, saya lebih suka reka puisi sendiri sebenarnya dan tajuk puisi saya tuu2 yang tajuk kat atas tu.. Airmata Dunia" ..  


“ AIRMATA DUNIA….”

Tersergam Indah panorama dunia,
Gumpalan awan,sinaran sang suria,cahaya gerhana,
Kehijauan rimba, kehadiran pelangi seusai hujan, kicauan burung berterbangan.
Wah! Cantiknya….menarik sungguh bumi ciptaanNya ini,
Bahagia mula mewarnai dada,mencoret lukisan tanpa dipinta…
Sungguh..Sungguh ak xtidak percaya,
Aku kini berada di atas muka bumi, Berpijak di atas planet kehidupan,
Saat yang sangat terindah, Kekal abadi dalam ingatan, Jadi kenangan dalam satu perjalanan.

Namun,daifnya  manusia,
Tidak pernah lekang dari kesilapan,
Tidak pernah jauh dari godaan,
Tidak pernah menolak keinginan hati..
Selalu sahaja termakan pujuk rayu hawa nafsu,
Selalu sahaja tertipu oleh kilauan harta,permata, berlian…
Lupa sudahkan mana asalnya bumi tercinta??
Lupa sudahkah siapa empunya alam semesta??
Sewenang-wenagnya anusia merubah segala,
Bertindak meluluh menghancurkan dunia,
Riaa’, Takbur, Perasaan durjana menguasai kalbu,
Inilah petanda dunia semakin uzur, Lelah bertahan dek permainan manusia.
Sehingga terganggu tidur si Dajjal…

Keegoan mula melebar sayap, membuat sarang terbentang luas,
Kealpaan manusia mula berkuasa,Dosa mula memegang takhta,
Memerintah kerana nikmat dunia.
Tenggelam manusia tidak bernyawa, Tidak berdiri batu nisan sebagai tugu,
Menjadi banteng penghuni palsu, Gelaran bagi penunmpang sementara..
Masih bersisa niat di hati, Yang terpesong jauh dari landasan yang sebenar,
Semakin kaya, Semakin senang, Semakin untung, Semakin dikejar pusaka dunia..

Masya-Allah …Engkaulah jua Maha Berkuasa,
Maha Mengetahuni Hayat dunia,
Wahai Manusia, Sedarlah…
Bukakanlah mata nurani mu,
Berpadu suara, Berganding bahu, Kembalilah kita ke jalan yang benar,
Ke jalan yang lurus, Ke jalan yang diterangi cahaya hidayah,
Ke jalan yang menuju ke syurga..
Duni yang megah Cuma seketika,
Akhirat jua selamanya,
Keindahan syurga tidak terkata,
Mengapa tidak kita ke sana??
Cuma amalan ikhlas kunci utama……



~ NUR ASHIQIN BINTI HAJI OSTIN
~ MA1115517273
~ A1T3


~~ ni lah... puisi ciptaan ku..~~ hehe walaupun simple jaa....

Hm :) yang best dan happy nya, saya dapat tempat PERTAMA dalam pertandingan tu.. hehe bukan nak kata hebat, semua peserta memang agak sengit juga masa tu, macam2 tajuk puisi dan kebanyakkanya baca puisi sendiri, haa kan tak gementar kita...hehe hm tapi kuat kan juga hati ni terus berjuang. Kan awalnya dah merelakan untuk mencuba dalam pertandingan ni.. hee...sebenarnya untuk lebih meyakinkan diri...hehe 



Apa-apa pun semua tu di tangan Allah. Mungkin rezeki saya masa tu. Pencubaan saya masa tu saya takkan lupa. Penyertaan saya mendapat sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan. Terutamanya masa tu Nabil dan Sarimah. Mereka lah meneman kan saya untuk berjuang. Terima kasih sahabat ku. 

Ni lah salah satu kenangan ku semasa di Matriks dulu..  Rindu suasana Matriks suatu ketika dahulu...... hm :)

* harap dapat menjejakkan kaki lagi di sana ~~~~

Sekian...