Tuesday, 28 May 2013

"Datang Awal ??? hee"


Assalamualaikum wbt.. 

hehehee...bermula dengan ketawa ni sebab cerita saya hari ni agak lucu sikit...hehehe 

ceritanya bermula dengan....

Malam semalam agak dingin dan dirasakan agak seronok dan nyaman jika tidur.. Apa lagi dah sentiasa nampak2 katil dalam bilik..hehe lagi lah tak boleh nak tahan dengan godaan 'nafsu' tidur kan...hehehe tapi sebelum tu adalah lah juga buka "facebook" dulu untuk berbincang kalau2 ada presentation kelas esok hari, kami nak buat persediaan laa kononnya..supaya tidaklah gelabah nak present depan lecturer dan kawan2 lain....maklum lah zaman sekarang, semua guna teknoligi, "Zaman IT" la katakan..hehe

Dalam masa yang sama ada laa juga buka IFolio iaitu sistem yang digunakan untuk menyampaikan maklumat, info, nota, latihan, tugasan, kuiz, perbincangan, senarai pelajar dalam kelas dan sebagai nya. Namun, masa tu tak ada laa apa 'notification' yang direkodkan disebabkan tiada apa2 yang baru dimasukkan oleh lecturer ke dalam sistem IFolio tersebut. Rasanya masa tu dekat pukul 11 malam baru saya 'log out' dari IFolio.. tapi tidak 'facebook' laa...hehee macam biasa.. tapi malam semalam tak lama selepas itu, saya pun rasa nak tidur juga.. kemudian 'log out' laa dari fb juga... 

Sedang asyik dibuai mimpi, rasa tak lama tidur tapi dah berjam2 juga..hehehe itu perkara biasa laa kalo tidur kan... tak pernah la rasa cukup kalau dah tidur tu.. hi3 tapi dengan rasa yang memang agak cuba mendisiplinkan diri, saya pun bangun dari tidur untuk bersiap ke kelas yang dijadualkan bermula pada pukul 8 pagi...


sepatutnya naik bas yang geraknya pukul 7.30 pagi, tapi terlepas bas pula sebab lambat keluar dari bilik...aish kesian kan... jadi saya pun tunggu laa dekat bustop kolej untuk naik bas yang gerak pukul 8 pagi.. dalam hati tu tak lah rasa takut sebab lambat masuk kelas, tapi ada rasa malu bila kena tegur oleh lecturer bila datang lambat dalam kelas nanti.. hehehe biasa laa lumrah manusia malu tu...hi3 yekee?? memandai ja kan... :P 

Dalam saya menunggu tu, semakin bertambah juga laa orang2 sebagai penghuni kolej yang nak bergerak menaiki bas ke kelas pada pukul 8 pagi tu.. Dah naik dalam bas, rupanya kawan saya seorang ni, nama panggilannya Jenn ..pun agak lambat juga pagi tu.. maksudnya kami bersama-sama laa menaiki bas yang sama untuk masuk kelas... 


Lepas tu, dia pun bertanya "Mana ima??" ...
saya jawab "mungkin dia naik bas jam 7.30 tadi"... 

jawapan ni secara automatiknya ada dalam fikiran sebab Ima ni dah memang sentiasa datang awal ke kelas setiap hari.. Tapi kebiasaannya, antara kami bertiga, memang kami akan menghantar mesej dulu untuk bagitau kami naik bas yang gerak pukul 8 pagi...Tapi hari ni, kami semua tak ada mesej antara satu sama lain pun.. 


Kemudian, kami berdua pun tunggu sehingga bas bergerak menuju ke fakulti.. Sambil bercerita keadaan masing-masing dalam 3 hari tidak berjumpa sebab sibuk dengan aktiviti sendiri sebelum ini, kami pun akhirnya sampai ke destinasi tujuan kami iaitu Makmal Komputer Prasiswazah 3..

Apa yang kami nampak, ada laa dalam 5 dan 6 orang dalam makmal komputer tu sebab yang lain belum datang lagi tidak termasuk Ima dan kawan-kawan yang lain... Rasa pelik juga kenapa dorang belum ada lagi. Sedangkan andaian awal kami tadi, dorang dah sampai dulu sebelum kami... 

Semasa saya dan Jen menuju ke tempat kami, tiba-tiba kawan seorang ni tegur... "awalnya datang" ....

'erh, orang ni betul ka tidak' ni kata dalam hati saya lepas dengar dia tanya dengan kami..

Jen tanya "kenap pula awal??" ... Dia jawab "hari ni kelas start pukul 9.30 nanti"... 

Saya dan Jen berpandangan.. terus kami ketawa hahahha.... lepas tu kami diam balik dan saya tanya orang tadi.. "mana kau tau??" .. dia jawab "ada Dr bagitau dalam IFolio, 9hours ago"... dia pun gelak juga lepas dia cakap... hahahhaa masa tu dekat2 pukul 11 lebih laa lecterur bagitau dalam IFolio dan sudah pasti kawan2 lain dah repost balik dalam fb untuk bagitau dengan kawan2 yang lain... hhahaha dan akhirnya saya dan Jen adalah orang yang agak ketinggalan cerita itu untuk seketika...hua3 lucu2

"hm..ngam laa..saya awal tidur ni semalam...hehehe" kata Jen sambil ketawa... "saya pun sama ni" saya jawab... hahahhaha kami berdua dan seorang lagi tu pun ikut ketawa juga..hahaha 

Lepas tu, saya tanya dia lagi, "yang kau datang awal ni kenapa??" ... Dia jawab, "sebab aku pun tak tahu, hua3" 


Kami sambung ketawa lagi...... hahahahahaha

~~ Tidur awal susah, Tidur lambat pun susah... kalau ikut situasi ini, tak tahu mana satu pihak harus dipersalahkan...hua3

Perlu kah mencari kesalahan??? mana silap nya?? Rasanya tak ada kan.. sebab tak ada yang rugi dan tak ada yang untung... eeehhhh kejap, ada laaa... sebab kalau saya tahu kelas start lambat hari ni, saya boleh sambung tidur lagi awal pagi tadi..hahahahahah 


nonsense... Sebab sikap seorang pelajar mesti berdisiplin dan menggunakan waktu dan masa yang ada dengan sebaiknya~~~ hehehe datang awal pun bagus juga, ada masa nak makan 'cucuk-cucuk' fishball dan minum teh panas dengan Jen di Kiosk FEP tu... hi3... kenyang juga awal pagi terisi perut... hehehe 

done... 


Moral of the story : Datang awal lagi bagus... heee :D ntah pa kaitan pun ndak tau la... fikir2 la sendiri..hahaa