Tuesday, 28 May 2013

Cesmed :) Super Wednesday

Assalamualaikum wbt. 


Mau tau apa cerita hari ni?? hm.. Hari ni adalah "SUPER WEDNESDAY" bagi semua pelajar Tahun 1 UKM. 

Hari Super Wednesday ni, antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah Pertandingan MOGUL, Business Pitching dan Pertandingan Poster yang diadakan oleh pihak CESMED iaitu subjek Asas Keusahawanan yang wajib diambil oleh setiap pelajar UKM. Aktiviti yang melibatkan semua peserta yang terdiri daripada pelajar Tahun 1 UKM adalah pertandingan MOGUL dan Business Pitching manakala Pertandingan Poster pula adalah hanya terdiri daripada wakil setiap Set. Tapi, kumpulan kami tidak lah mencapai markah yang membolehkan kami menjadi pembentang kumpulan terbaik untuk menjadi wakil Set... Oleh itu, aktiviti berkumpulan yang kami sertai hanyalah Pertandingan MOGUL... :)



Dalam Pertandingan ni, walaupun kami menghadapi masalah pada awal quarter ini dimulakan kepada setiap industri, tapi kumpulan kami tetap meneruskan perjuangan ini... Bukan cuma mahu mengejar markah, tapi semangat berpasukan yang dapat kami terapkan bersama... Ahli-ahli kumpulan saya adalah Zubaidi Asmin (CEO), Jenica Ann Bernard (CFO), Rahimah Abd Rahim (VP of Production), Azira Hamat (VP of Marketing) dan saya sendiri sebagai Analyst... Semangat kami dalam berpasukan adalah sangat kuat walaupun pelbagai masalha harus kami hadapi bersama sebelum, semasa dan selepas sesuatau kerja berkumpulan itu...

Jadi pada hari ini, semakin terserlah sikap sekawan kami yang sentiasa cuba mencari jalan untuk membuat yang terbaik semampu yang boleh bagi menyelesaikan setiap masalah ataupun cabaran yang mendatang... 


Dan akhirnya pada pertandingan MOGUL tadi, walaupun kami tidak mencapai kejayaan yang tinggi namun kepuasan tetap kami rasakan... :D 


Seterusnya, berserah kepada markah yang mampu kami capai untuk pencapaian masing-masing... 
kerana kami yakin, tiada penghujung usaha untuk mencapai sesuatu kejayaan... 



Salam terima kasih kepada semua sahabat ku
~~ Semoga hubungan persahabatan ini sentiasa kekal dalam jalinan ukhwah sesama kita.. 


Jumpa lagi...