Friday, 31 May 2013

Connect Akaun... hm :)

Assalamualaikum wbt...

Connect akaun... ni cerita lain pula dah kali ni..hehehe

Connect ni adalah satu sistem latihan ataupun tugasan bagi subjek akaun melalui online... hm dari sem 1 sampai sem 2 semua student yang ambil subjel akaun kena sign in melalui connect utk jawab kuiz dan latihan....

hehehe ni pasal tak tahu mau cerita apa la ni... pasal connect pun nak bagitau dah...

Tugasan kuiz connect ni mrkah keseluruhan akan diambil sbyk 10%... haaa...
kalau nak tahu masa sblm cuti mid sem, ada 1 kuiz saya past due date... hehehe tak sempat jawab... (lupa sebenarnya) hehehe n xtau juga hahaha...

sebab tu laa... sekarang selalu cuba buat yang terbaik dalam setiap kuiz dan tugasan connect ni.. karang senang2 ja mrkh akaun drop..sbb kuiz connect tlepas...aish... eheh
tp alhamdulilla setakat ni, semua ok.. :)

mudah2an dapat yang terbaik dalam exam Akaun sem ni.. hi3... hope my pointer this sem is as good as well... :p insyaallah..

~ mood mahu berjaya ~  :p hehehe

Tenang nyaa.... :)

Assalamualaikum wbt.

hm.. rasa tenang dalam hati ni.. tiba2 pula nak stay dekat surau ni bersama ima.. tadi lepas makan malas dah nak balik bilik..dah tu dua2 ambil keputusan nak stay dekat surau...
Masing2 melayan kepenatan sendiri... yang tak tau mana penat nya datang ni..hehehe

Tapi bila duduk dalam surau ni, memang ketenang tu ada.. terasa sangat.. :)

Kalau kita yang cuba mendekatkan diri dengan Dia... Takkan laa Dia yang nak menjauhkan diri dari kita kn...

Dari Asar tadi duduk dekat surau Kolej ni..

Bukan nak kata dalam bilik tu tak tenang, tapi ketenangan ni lebih dirasakan bila kita sendiri tak mencari nya.. sebab sememangnya kita dah berada di tempat yang tenang...

hm...:) bahagia yang terpancar di wajah masing-masing...

Salam maghrib ~~~ :D

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan :)

Assalamualaikum wbt.

31 Mei .. hari ni Pulau Borneo cuti sebab sambut Kaamatan.. tapi dekat Semenanjung, cuti pun tak ada.. huhuhu

apa tu Pesta Kaamatan??


Pesta Kaamatan atau nama lain iaitu (Tadau Kaamatan) atau di dalam bahasa Kadazan "Magavau" merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu semangat padi. Perayaan ini adalah amalan secara tradisi Kaum Kadazan-Dusun sejak zaman berzaman. Perayaan "Magavau" ini biasanya diadakan selepas selesai menuai padi. Pesta Kaamatan yang dirayakan dewasa ini telah diluluskan oleh Majlis Undangan Kerajaan Koloni sebagai cuti umum Sabah sejak tahun 1960 lagi, oleh Tun Haji Mohamad Fuad Stephens, Ketua Menteri Sabah yang pertama.


Sambutan Pesta Kaamatan...

Antara sambutan menarik yang diadakan ialah persembahan dan pertandingan tarian Sumazau. Tarian ini ditarikan oleh kaum petani terdiri daripada lelaki dan perempuan dengan memakai pakaian tradisional mereka. Tarian ini dengan iringan paluan gong. Tarian ini ditarikan dengan kedua-dua tangan diangkat ke paras bahu dan dikibar-kibarkan umpama kipasan sayap burung, mengikut alunan rentak yang dimainkan.

Selain daripada persembahan tarian Sumazau, diadakan juga pertandingan nyanyian dipanggil Sugandoi, pertunjukan bina badan, dan ratu cantik atau "Unduk Ngadau", dan persembahan segala jenis kesenian dan kraftangan. Pertandingan seperti memukul gong dan sukan rakyat juga menjadi antara acara utama dalam perayaan ini.


Hidangan Utama ?? hehehe ni laa hidangan yang mesti ada bila sambut Pesta Kaamatan..hehehe

Antara hidangan popular semasa perayaan ini ialah meminum tapai atau "Kinomol", iaitu sejenis arak tradisional. Tapai merupakan minuman tradisi mereka, diperbuat sama ada daripada beras (nasi) atau ubi kayu. Nasi akan diperam di dalam sebuah tempayan besar atau "tajau" selama seminggu, atau ubi kayu diperam selama dua hingga tiga minggu. Biasanya tapai dicampur dengan ragi untuk mempercepatkan proses "memberi rasa" kepada tapai tersebut.


Makanan tradisional turut disediakan sempena hari tersebut.


Mereka menggunakan sebatang buluh kecil yang dipanggil "Sumbiling" untuk menyedut air tapai ini dari dalam tempayan besar. Biasanya sumbiling digunakan untuk meminum air tapai yang diperbuat daripada ubi kayu. Selain itu, mereka juga menggunakan gelas khas dinamakan "Singgarung" yang diperbuat daripada buluh.

sambutan ni pun semestinya laa juga disambut oleh keluarga saya yang berada di kampung Limbawan keningau sabah..
Saya ni orang Murut juga... tapi dah kacuk dengan Suluk..hahaha tu yang muka dah lain dah.. hehehe

Apa2 pun 

Salam Hari Kaamatan Borneo ~

Aramaitiii !!!! hahahaa

Salam bercuti semua... :D

Selamat Hari Jadi.. :)

Selamat hari jadi..
Selamat hari jadi..
Selamat hari jadi Abg Jas
Selamat hari jadi... 
hehehe

Assalamualaikum wbt. 

Hari ni merupakan Hari Ulang Tahun abang saya yang kee...... hehehe secret knu katanya...hua3 teda laa...suka2 saya saja yang cakap... yang ke-39 tahun.. :) 

Ini abang saya ke dua tapi anak yang ketiga... ooppss boleh faham juga kan..ehee
Dari saya kecil, abang saya ni boleh laa katakan kami jarang bersama-sama.. sebab dia masa umur 15 tahun dah jauh dari family sebab dia jadi tentera darat..masa tu memang keadaan untuk memilih ahli tak ketat sangat undang-undang nya.. dan abang saya ni... dia seorang sahaja yang paling muda dekat kem tu... hehehe 

Tapi sekarang, saya lah yang paling dekat posisi nya dengan dia... sebab sekarang dia bertugas di Kem Tentera Gemas N.Sembilan.. dan saya pula ada dekat Bangi Selangor.. setidak2 nya ada laa juga tempat saya nak pergi kalau ada cuti di UKM ni... tidak laa saya terumbang ambing seorang diri tak tahu nak pergi ana... sebab takkan lah cuti sehari dua ja saya nak balik p Sabah tu kn... Dah la tiket Kapal terbang tu mahal...huhhu sabar ja la nak tunggu masa untuk balik ke kampung halaman tersayang bersama keluarga tercinta... 

Sebenarnya perkara ni dah pernah jadi pun... Masa Hari Raya Korban tahun lalu saya beraya dengan abang saya ni ja laa.. bersama keluarga nya... sedih nyaaa.... sebab tak bersama family kn.. 

tapi pa2 pun terima kasih buat Abg JASANI HJ OSTIN.. sebab sentiasa bersama saya.. :D

saya doakan semoga abg dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan... 

~ Mawar sayang Abg Jas ~ 


 * Sorry juga sebab tak ada hadiah * hehehe gambar kek pun jadi la... hehehe 



Selamat Hari Ulang tahun... :)

Sampai jumpa lagi...

Major Kursus Ekonomi dah keluar ??? Alamak

Assalamualaikum wbt.


Hari ni keputusan untuk major dalam program Ekonomi dah keluar dan keputusannya telah pun dipamerkan di Fakulti tadi.. Oleh sebab saya tak ada kelas  hari ni, jadi saya tak nampak pun keputusan atau pun notis tu,, tapi atas keprihatinan kawan-kawan lain, saya dapat tahu juga keputusannya. Sebab dorang ambil gambar notis tu.. keluar lah semua nama-nama yang berkaitan.. hehee sekali juga lah tahu pasal kawan2 lain... Apa2 oun terima kasih buat kawan2 yang prihatin untuk berkongsikan maklumat yang amat penting ini memandangkan keputusan ini memang sudah lama dinantikan.. kata orang "penantian itu satu penyeksaan" ceh... hi3

Sebelum saya ceritakan dengan selanjutnya terhadap keputusan yang saya perolehi, kena ambil tahu ni dulu yee..


Program Ijazah Sarjanamuda Ekonomi mempunya 6 modul pilihan untuk dijadikan modul major iaitu :

  • Ekonomi Antarabangsa
  • Ekonomi Monetari dan Kewangan
  • Ekonomi Statistik dan Ekonometrik
  • Ekonomi Islam
  • Ekonomi Sumber dan Alam Sekitar
  • Ekonomi Sumber Manusia
haa... dah baca tadi tu.. senag sikit lah saya nak bercerita..hi3 

Pada borang pilihan major hari tu, saya telah membuat 3 pilihan iaitu dimulakan dengan Ekonomi Monetari dan Kewangan sebagai pilihan pertama, kemudian diikuti dengan Ekonomi Statistik sebagai pilhan kedua dan akhir sekali Ekonomi Sumber Manusia sebagai pilihan terakhir. 
Dan sekarang ni, persoalan tu dah terjawab. heee jeng3

Alhamdulillah saya memperoleh pilihan pertama saya iaitu Ekonomi Monetari dan Kewangan... heee saya tahu keputusan ni sebab kawan saya yang sorang ni mesej " shiqin, kita dapat monetari :) " ... sms ni dari Baidi... Tahniah juga buat dia.. dan setidaknya ada juga kawan saya dalam kelas nanti..hehehehe

Tapi saya dah terpisah laa dengan kawan2 saya ima dan Jen.. Kami bertiga dapat major program yang berbeza.. Ima dapat Ekonomi Statistik Dan Ekonometrik dan Jen pula dapat Ekonomi Sumber Manusia.. Sebenarnya, semua program membawa kepada tujuan yang satu juga, cuma major nya sahaja yang berbeza. apa yang kami belajar semuanya sama ja.. :) 
Kami yang kawan2 Sabahan ni semua dah tahu major masing2.. dan semuanya tidak bersendirian untuk masuk kelas nanti sebab macam saya dengan Baidi dan Syakilla, Ima pula dengan David dan Alex, Kamsiah tetap bersam-sama dengan Ain dan Azira (Ekonomi Islam) tapi Jen, cuma sendiri dalam kalangan kami tapi ada juga laa kawan2 lain.. tak apa jen, kita masih bersama juga dalam kelas2 wajib Pusat yaa.. :D 

Apa2 pun Tahniah buat semua Kawan2 saya... semoga berjaya dalam bidang yang diceburi masing2... 

Sampai jumpa lagi... :D

Thursday, 30 May 2013

" IBU "

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah.. bersyukur ke hadrat Illahi kerana sampai hari ini masih diizinkan oleh Nya saya berada di dunia sementara ini..

Ibu...

Dia lah seorang wanita yang berjuang dengan sepenuh jiwa raganya untuk melahirkan, menjaga dan membesarkan kita sehingga hari ini... Walaupun kita jauh beribu batu pun darinya.. tapi ibu sentiasa ada di sisi kita..


hm.... sebab walau jauh di mana pun kita, kalau ada apa2, kita mesti bagitau semua dengan mak kita... dan kemudian dia lah yang akan menenangkan kita kembali walaupun dalam masa yang sama dia lagi banyak berfikir tentang kita lepas kita bercerita....

Bila saya sedar sendiri keadaan itu beralih kepada ibu... saya cuba buat keputusan untuk menyelesaikan sesuatu yang kita hadapi sendiri.. Bila kita dah bagitahu sesuatu keputusan yang kita lakukan dan mampu menenangkan hatinya dengan semua jawapan lengkap dengan logik fikiran untuk menyelesaikan.. walaupun tiada suara..namun terbayang wajah nya yang gembira dan tersenyum mendengar penyelesaian yang kita ambil.. :)

Itu lah ibu....
Dengan spontan, dia akan mendoakan kebahagiaan kita secara perlahan namun terbisik di telinga kita....

Suara nya yang sayu dan gemersik itu, sudah mampu membuat kita gembira kerana kita mampu membuat ibu tidak susah hati memikirkan keadaan kita...

Apa yang saya nampak di sini adalah.. bila kita bercerita dengan ibu, kita dengan mudah dan cepat berfikir sesuatu yang relevan yang membuatkan kita juga puas hati dengan keputusan yang kita ambil...walaupun kita sendiri yang jumpa jawapan penyelesaian secara tiba-tiba..

dan yang saya pasti sangat2... bercakap dengan ibu, ketenangan sentiasa ada di hati kita.... terlalu tenang sehinggakan kita lancar untuk meluahkan apa2 sahaja dengan dia namun tidak melukakan hatinya... Ya Allah nampak sungguh kebesaran Mu Ya Allah...
Sesungguhnya darjat ibu sangat tinggi di mata mu Ya Allah...

Ya Allah, Lindungilah kedua orang tua ku walau di mana pun mereka berada... Sesungguhnya kami berlindung daripada Mu Ya Allah..

~ Sayang umie, Sayang bapa.... Rindu mereka ~~ Ya Allah pelihara lah aku dah berikan lah aku kekuatan...


Di saat2 kita bersendirian.. mulalah kesunyian mnyelubungi diri.. 

Mula lah perasaan menguasai diri.. hm...



Sesungguh nya 

hati ini sedang bergelora..
hati ini tidak keruan..
hati ini tidak senang..
hati ini ingin pulang.. 
hati ini ingin bersama mereka... 
hati ini ingin menatap wajah mereka...
hati ini ingin bertenang.. 
hati ini sangat2 merindukan mereka.. 

~~aku mau blik... biar tiada kerja di rumah.. 

tapi aku sama umie..
sama bapa.. 
sama semua..
cukup buat hidup ku lengkap.. 
ckup membuatkan aku tenang.. 
cukup membuat aku bahagia.. 
cukup membuat aku mengukir senyuman bersama mereka...




* Yang merindukan kamu selalu.... *

Wednesday, 29 May 2013

BERUK !!!!!

Assalamualaikum wbt.

Pa cerita pula pasal beruk tetiba ni kan... aduhh.....


tadi petang, tengah sibuk2 nak meng'edit tugasan...aish tetiba pula nampak satu barang yang dibaling ke bawah dari tingkat atas..sebab hati mau tau sangat, hm rupa2nya nak bagi umpan kat beruk2 di luar tu supaya keluar dari bilik..hehe sebenarnya masa tu cepat2 saya tutp tingkap bilik..hahaha lama dah tak ada beruk2 tu sekalian melalui belakang blok ni memandangkan kawasan itu adalah kawasan yang agak terbuka sedikit..haaa mana tak terkejut nya tiba2 sekelompok mereka tu datang 'melawat' pula kan..hehehe apa2 pun tak ade nyee yang membahayakan..hehehe

Tapi kan...cerita pasal beruk ni.. dulu teringat masa Tadika dulu. Umur baru 6 tahun sekolah dekat Tadika Kemas Jabatan Penjara Sandakan..hehehe 



Tak ingat la pula bila masa tu.. tapi ada program pergi melawat Sepilok Sandakan.. ni pengalaman yang memang tak dilupakan sampai sekarang..


Tengah2 sibuk tengok2 orang utan bergayut2 dekat pokok, tibalah masa nya cikgu panggil utk makan dan minum kalau tak silap..sebab yang saya ingat masa tu kami sekelas kena panggil untuk berkumpul.. tapi saya bergerak agak lambat sedikit sebab teruja sangat tengok orang utan tu.. ada besar, ada kecil, rasanya anak mak mungkin...bersepupu kaaa,...hi3 suka2 buat andaian.. 





~ melihat orang utan bergayut untuk p makan ~












~ orang utan makan hm :) ~


hm kesudahannya, rupanya ada seekor orang utan dekat belakang saya yang saya tak sedar langsung kehadirannya..haha 

~ boleh laa katakan mcm ni, tapi msa tu orang utan tu berjalan kat laluan orang jalan tu..hehe ~



"shiqin..shiqin.. cepat sini.. ko tengok belakang ko tu naa... ada orang utan tu.. sini kau..nanti dia kejar kau tu" kata cikgu memanggil saya..

tanpa berlengah lagi, masih dengan perasaan terkejut, saya menoleh ke belakang untuk seketika dan melihat sndiri orang utan yang memang besar.."rasanya bapa dia tu" hahahaha ndak tau ni..hehehe terus saya berlari laju menuju ke tempat cikgu saya... tapi yang pelik nya, orang utan tu walaupun bergerak dengan perlahan tapi dia tetap mengekori saya..hahaha makin laju lah langkah saya menuju ke tempat berkumpul..hehehe 

habis kawan2 sekelas gelakkan saya.. tapi tak nak lepas peluang laa juga mereka2 ni termasuk cikgu saya sendiri..mengambil gambar dengan jarak yang agak dekat juga laa dengan orang utan tersebut.. Rasa teruja tu tetap ada..sebab dapat melihat dengan mata sendiri orang utan iaitu salah satu spesis haiwan yang semakin pupus kini dan telah mendapat pemuliharaan di Daerah Sandakan yang terkenal dengan Sepilok...

hehe.. lama dah tak masuk Sepilok tu... nanti lah ada masa balik Sandakan nannti, nak p tengok lagi..hehehe tapi mesti tak ada dah pengalaman lalu tu kan...heee... 

Moral Value  :  jangan dilupakan kenangan lalu.. sematkan lah dalam jiwa dan sanubari agar sentiasa segar dalam ingatan sebab semua itu tidak akan berlaku lagi..... :D

                                                                             

                   thanks....n see yaa

Tuesday, 28 May 2013

Blogger??? blurrrr ....hm

Apa ni???

Semua kawan2 aku pandai betul mau guna blog2 ni.... yang aku...aish...tertinggal ja di belakang ni...
pa macam ni?? hm mcm mana mau c lawa2 n c cantik2 ni blog macam dorang arr... tertanya2 ni.. mau rajin explore kunun... aku m'explore2 ntah pa ja aku jumpa..hahahaha pastu penat ja aku..yang bikin sakit ni hati, buang masa bh aku stay duk depan laptop...mnghadap ni blog.. aish... apa pun tak boleh!! haha aik mcm pernah dengar sja ni.. hmm JAMBU!!!! hua3... jom3 layan maharaja Lawak kejap... penat mau menaip ni.. tulahh padah cari sendiri...cuba dari dulu ak update2 ni blog..ndak aku jadi begini.. erk nanti lecturer buka...hi3 hbis laa ntah pa2 aku ckap sini...hihihi keluar bahasa Sabah...hahahaa

ada laaa yang kena ni  nanti.... hua3 sudah2... terlebih sudah..

ndak tau sdah mau post pa...hahahahaha

* enjoy your day * n sory... ~~~

Cesmed :) Super Wednesday

Assalamualaikum wbt. 


Mau tau apa cerita hari ni?? hm.. Hari ni adalah "SUPER WEDNESDAY" bagi semua pelajar Tahun 1 UKM. 

Hari Super Wednesday ni, antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah Pertandingan MOGUL, Business Pitching dan Pertandingan Poster yang diadakan oleh pihak CESMED iaitu subjek Asas Keusahawanan yang wajib diambil oleh setiap pelajar UKM. Aktiviti yang melibatkan semua peserta yang terdiri daripada pelajar Tahun 1 UKM adalah pertandingan MOGUL dan Business Pitching manakala Pertandingan Poster pula adalah hanya terdiri daripada wakil setiap Set. Tapi, kumpulan kami tidak lah mencapai markah yang membolehkan kami menjadi pembentang kumpulan terbaik untuk menjadi wakil Set... Oleh itu, aktiviti berkumpulan yang kami sertai hanyalah Pertandingan MOGUL... :)



Dalam Pertandingan ni, walaupun kami menghadapi masalah pada awal quarter ini dimulakan kepada setiap industri, tapi kumpulan kami tetap meneruskan perjuangan ini... Bukan cuma mahu mengejar markah, tapi semangat berpasukan yang dapat kami terapkan bersama... Ahli-ahli kumpulan saya adalah Zubaidi Asmin (CEO), Jenica Ann Bernard (CFO), Rahimah Abd Rahim (VP of Production), Azira Hamat (VP of Marketing) dan saya sendiri sebagai Analyst... Semangat kami dalam berpasukan adalah sangat kuat walaupun pelbagai masalha harus kami hadapi bersama sebelum, semasa dan selepas sesuatau kerja berkumpulan itu...

Jadi pada hari ini, semakin terserlah sikap sekawan kami yang sentiasa cuba mencari jalan untuk membuat yang terbaik semampu yang boleh bagi menyelesaikan setiap masalah ataupun cabaran yang mendatang... 


Dan akhirnya pada pertandingan MOGUL tadi, walaupun kami tidak mencapai kejayaan yang tinggi namun kepuasan tetap kami rasakan... :D 


Seterusnya, berserah kepada markah yang mampu kami capai untuk pencapaian masing-masing... 
kerana kami yakin, tiada penghujung usaha untuk mencapai sesuatu kejayaan... 



Salam terima kasih kepada semua sahabat ku
~~ Semoga hubungan persahabatan ini sentiasa kekal dalam jalinan ukhwah sesama kita.. 


Jumpa lagi... 

" Nombor yang tidak Dikenali "

Assalamualaikum wbt. 

kembali dengan cerita baru lagi... 

Tadi tiba2 telefon bimbit saya berbunyi menandakan ada panggilan masuk, erti kata lain bak kata orang puteh ada 'Call'... saya tengok nombor tu, ni bukan nombor telefom bimbit, tapi macam talian tetap... Saya pun jawab call tu...

" Hello, selamat petang, ni Cik Nur Ashiqin??" katanya..

" Hello juga, selamat petang.. Ya, saya sendiri."

" kami daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan. Cik dapat panggilan untuk Ujian Fizikal Konstabel Wanita. Boleh kah Cik datang ke IPD Sandakan sekarang untuk mengambil Surat Tawaran ?"

" Oooo... ya kah?? hm.. maaf yaa.. sekarang saya di Selangor. Jadi, saya tak dapat datang sekarang untuk ambil surat tu.. "

" Ooo...kalau macam tu, boleh juga hantar wakil untuk ambil surat ni di sini.. Boleh ambil hari ni ataupun esok dan kami buka sampai pukul 5 petang. Harap boleh datang ambil laa surat ni ya.."

" Ok, nanti saya ambil surat tu... Terima kasih."

"Ok, terima kasih kembali juga Cik"... 

" ya3.. sama2.."

Talian ditutup... dan kemudian, saya tersenyum sendiri sebab saya tak sangka boleh dapat panggilan ujian tu... Konstabel Wanita... hahaha agak nya dah memang lumrah keluarga pertahanan kami ni... tapi ujian fizikal ni tak mudah nak lepas... apa lagi kalau tak cukup tinggi..hehehe faham2 laa kan kalau polis ni....hehehe


Moral of The Story  :  Jangan biarkan nombor telefon yang tidak dikenali dibiarkan atau tidak dijawab... sebab kita tidak tahu apa berita yang bakal disampaikan kepada kita... Walaupun banyak penipuan sekarang ini. Tapi kita kena tetapkan prasangka yang baik juga.... 


Sekian.....

"Datang Awal ??? hee"


Assalamualaikum wbt.. 

hehehee...bermula dengan ketawa ni sebab cerita saya hari ni agak lucu sikit...hehehe 

ceritanya bermula dengan....

Malam semalam agak dingin dan dirasakan agak seronok dan nyaman jika tidur.. Apa lagi dah sentiasa nampak2 katil dalam bilik..hehe lagi lah tak boleh nak tahan dengan godaan 'nafsu' tidur kan...hehehe tapi sebelum tu adalah lah juga buka "facebook" dulu untuk berbincang kalau2 ada presentation kelas esok hari, kami nak buat persediaan laa kononnya..supaya tidaklah gelabah nak present depan lecturer dan kawan2 lain....maklum lah zaman sekarang, semua guna teknoligi, "Zaman IT" la katakan..hehe

Dalam masa yang sama ada laa juga buka IFolio iaitu sistem yang digunakan untuk menyampaikan maklumat, info, nota, latihan, tugasan, kuiz, perbincangan, senarai pelajar dalam kelas dan sebagai nya. Namun, masa tu tak ada laa apa 'notification' yang direkodkan disebabkan tiada apa2 yang baru dimasukkan oleh lecturer ke dalam sistem IFolio tersebut. Rasanya masa tu dekat pukul 11 malam baru saya 'log out' dari IFolio.. tapi tidak 'facebook' laa...hehee macam biasa.. tapi malam semalam tak lama selepas itu, saya pun rasa nak tidur juga.. kemudian 'log out' laa dari fb juga... 

Sedang asyik dibuai mimpi, rasa tak lama tidur tapi dah berjam2 juga..hehehe itu perkara biasa laa kalo tidur kan... tak pernah la rasa cukup kalau dah tidur tu.. hi3 tapi dengan rasa yang memang agak cuba mendisiplinkan diri, saya pun bangun dari tidur untuk bersiap ke kelas yang dijadualkan bermula pada pukul 8 pagi...


sepatutnya naik bas yang geraknya pukul 7.30 pagi, tapi terlepas bas pula sebab lambat keluar dari bilik...aish kesian kan... jadi saya pun tunggu laa dekat bustop kolej untuk naik bas yang gerak pukul 8 pagi.. dalam hati tu tak lah rasa takut sebab lambat masuk kelas, tapi ada rasa malu bila kena tegur oleh lecturer bila datang lambat dalam kelas nanti.. hehehe biasa laa lumrah manusia malu tu...hi3 yekee?? memandai ja kan... :P 

Dalam saya menunggu tu, semakin bertambah juga laa orang2 sebagai penghuni kolej yang nak bergerak menaiki bas ke kelas pada pukul 8 pagi tu.. Dah naik dalam bas, rupanya kawan saya seorang ni, nama panggilannya Jenn ..pun agak lambat juga pagi tu.. maksudnya kami bersama-sama laa menaiki bas yang sama untuk masuk kelas... 


Lepas tu, dia pun bertanya "Mana ima??" ...
saya jawab "mungkin dia naik bas jam 7.30 tadi"... 

jawapan ni secara automatiknya ada dalam fikiran sebab Ima ni dah memang sentiasa datang awal ke kelas setiap hari.. Tapi kebiasaannya, antara kami bertiga, memang kami akan menghantar mesej dulu untuk bagitau kami naik bas yang gerak pukul 8 pagi...Tapi hari ni, kami semua tak ada mesej antara satu sama lain pun.. 


Kemudian, kami berdua pun tunggu sehingga bas bergerak menuju ke fakulti.. Sambil bercerita keadaan masing-masing dalam 3 hari tidak berjumpa sebab sibuk dengan aktiviti sendiri sebelum ini, kami pun akhirnya sampai ke destinasi tujuan kami iaitu Makmal Komputer Prasiswazah 3..

Apa yang kami nampak, ada laa dalam 5 dan 6 orang dalam makmal komputer tu sebab yang lain belum datang lagi tidak termasuk Ima dan kawan-kawan yang lain... Rasa pelik juga kenapa dorang belum ada lagi. Sedangkan andaian awal kami tadi, dorang dah sampai dulu sebelum kami... 

Semasa saya dan Jen menuju ke tempat kami, tiba-tiba kawan seorang ni tegur... "awalnya datang" ....

'erh, orang ni betul ka tidak' ni kata dalam hati saya lepas dengar dia tanya dengan kami..

Jen tanya "kenap pula awal??" ... Dia jawab "hari ni kelas start pukul 9.30 nanti"... 

Saya dan Jen berpandangan.. terus kami ketawa hahahha.... lepas tu kami diam balik dan saya tanya orang tadi.. "mana kau tau??" .. dia jawab "ada Dr bagitau dalam IFolio, 9hours ago"... dia pun gelak juga lepas dia cakap... hahahhaa masa tu dekat2 pukul 11 lebih laa lecterur bagitau dalam IFolio dan sudah pasti kawan2 lain dah repost balik dalam fb untuk bagitau dengan kawan2 yang lain... hhahaha dan akhirnya saya dan Jen adalah orang yang agak ketinggalan cerita itu untuk seketika...hua3 lucu2

"hm..ngam laa..saya awal tidur ni semalam...hehehe" kata Jen sambil ketawa... "saya pun sama ni" saya jawab... hahahhaha kami berdua dan seorang lagi tu pun ikut ketawa juga..hahaha 

Lepas tu, saya tanya dia lagi, "yang kau datang awal ni kenapa??" ... Dia jawab, "sebab aku pun tak tahu, hua3" 


Kami sambung ketawa lagi...... hahahahahaha

~~ Tidur awal susah, Tidur lambat pun susah... kalau ikut situasi ini, tak tahu mana satu pihak harus dipersalahkan...hua3

Perlu kah mencari kesalahan??? mana silap nya?? Rasanya tak ada kan.. sebab tak ada yang rugi dan tak ada yang untung... eeehhhh kejap, ada laaa... sebab kalau saya tahu kelas start lambat hari ni, saya boleh sambung tidur lagi awal pagi tadi..hahahahahah 


nonsense... Sebab sikap seorang pelajar mesti berdisiplin dan menggunakan waktu dan masa yang ada dengan sebaiknya~~~ hehehe datang awal pun bagus juga, ada masa nak makan 'cucuk-cucuk' fishball dan minum teh panas dengan Jen di Kiosk FEP tu... hi3... kenyang juga awal pagi terisi perut... hehehe 

done... 


Moral of the story : Datang awal lagi bagus... heee :D ntah pa kaitan pun ndak tau la... fikir2 la sendiri..hahaa

Monday, 27 May 2013

"Makan Malam Di Bawah Bayu PERMIS UKM"


Assalamualaikum wbt.

Setelah memegang jawatan sebagai Timbalan Setiausaha dalam Persatuan Mahasiswa Sabah (PERMIS) UKM untuk sesi kali ini, ini lah program pertama yang saya kendalikan bersama-sama dengan rakan-rakan AJK yang lain, "Makan Malam Di Bawah Bayu"..


 Tujuan Makan Malam ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli-ahli Persatuan Mahasiswa Sabah UKM dan menyampaikan sedikit penghargaan kepada Mantan Exco sesi lepas. Memandangkan majlis ini diadakan khas untuk "budak-budak Sabah UKM", sedikit sebanyak majlis ni dapat melepaskan rindu kami kepada keluarga yang jauh di seberang Laut China Selatan. Sebab semua Sabahan dapat berkumpul bersama-sama dan bergembira walau hanya dalam satu malam kmi meluangkan masa.


Namun, kegembiraan yang dirasakan adalah amat bermakna bagi kami yang berada jauh di perantauan.


Dalam Majlis Makan Malam itu, diselitkan sesi gimik perasmian dimana tiba-tiba bilik Bankuasi UKM menjadi gelap dan cuma ada satu cahaya lilin yang menerangi suasana masa tu. Selepas itu, cahaya itu semakin menghampiri ke pentas utama untuk dilaksanakan gimik perasmian itu oleh Tn Hj Musa Zainal Abidin iaitu Timbalan pendaftar JPPel UKM dimana gimik nya adalah memotong kek. 

Kemudian, juga diadakan tayangan multimedia iaitu video pengenalan kepada Exco-Exco baru pada sesi ini (termasuk lah gambar saya) hehehe... dan juga turut diselitkan persembahan nyanyian daripada artis yang dijemput KHAS dari Sabah..hehehe sebenarnya ahli PERMIS juga pun.. dan yang paling best adalah sesi cabutan bertuah... dimana saya berpeluang menjadi salah seorang orang yang bertuah dalam kalangan yang hadir malam tu...yeah!!!! bertuah kan.. hihihi

~ Antara sabahat2 lain yang turut menerima hadiah cabutan bertuah ~ heehe meriahnyee time ni.. hi3  ~

Acara kemuncak nya pula, hmmm pencarian King & Queen of PERMIS hee :) memang tak salah pilih.. memang padan memang sesuai dan memang ngam la senang cakap.... tengok ni

~ Tadaaa.. kan dah cakap tadi.. samart kan..hehehe ~



Apa-apa pun... Dinner malam tu memang enjoy dan terima kasih sangat2 kepada semua yang menjayakan Majlis ini samada secara langsung ataupun tidak.. Thanks a lot guys... :D









Won't forget this moment.... LOVE IT so much!!!!!





~Suasana  di Bilik Bankuasi dan Sajian makanan Majlis Makan Malam Di Bawah Bayu ~



~ Cenderahati kepada VIP Perasmi    dan Penasihat PERMIS ~






~ Miss you all and never forget you cause become my sunshine in my life at UKM ~ 

THANK YOU VERY MUCH..
give a lot of best memory
:)

done ~~~ heee :D








Saturday, 25 May 2013

"Airmata Dunia"


Assalamualaikum wbt.


"AIRMATA DUNIA"... erk apa ni? hehe 


Hari ni nak share cerita kenangan pula. Dulu saya belejar di Kolej Matrikulasi Labuan. Setahun saja tahun 2011/2012. kalu nak cerita semua tu panjang sangat. Sebenarnya, nak sesuatu yang tiba-tiba teringat pula.

Sepanjang berada di kolej tu, pada semester 2, setiap tahun pasti ada "Minggu Penghayatan Islam (MPI)". Pada minggu pelbagai aktiviti diadakan seperti "Battle of Islamic Band", pertandingan nasyid, pertandingan tulisan khat, pertandingan poster, pertandingan puisi dan banyak lagi. Saya pun salah seorang AJK dia juga la. Tapi saya pun ada menyertai program ni juga. Saya ikut "Pertandingan Puisi". Pertandingan hanya 4 kategori ja :


  • Puisi Melayu Lelaki
  • Puisi Melayu perempuan
  • Puisi Inggeris Lelaki
  • Puisi Inggeris Perempuan
tapi saya cuma meyertai satu kategori saja la. Rasanya mesti dah agak mana satu kategori saya kan..hehehe semestinya la KATEGORI PUISI MELAYU PEREMPUAN. Mulanya hati tu memang nak ikut juga kategori Inggeris punya. Tapi saya ni lebih suka buat puisi sendiri. Untuk pertandingan Puisi ni, tak ada tema yang ditetapkan. Tetapi ada puisi yang disediakan untuk dibacakan bagi yang meyertai Program ni. Maklum la, saya lebih suka reka puisi sendiri sebenarnya dan tajuk puisi saya tuu2 yang tajuk kat atas tu.. Airmata Dunia" ..  


“ AIRMATA DUNIA….”

Tersergam Indah panorama dunia,
Gumpalan awan,sinaran sang suria,cahaya gerhana,
Kehijauan rimba, kehadiran pelangi seusai hujan, kicauan burung berterbangan.
Wah! Cantiknya….menarik sungguh bumi ciptaanNya ini,
Bahagia mula mewarnai dada,mencoret lukisan tanpa dipinta…
Sungguh..Sungguh ak xtidak percaya,
Aku kini berada di atas muka bumi, Berpijak di atas planet kehidupan,
Saat yang sangat terindah, Kekal abadi dalam ingatan, Jadi kenangan dalam satu perjalanan.

Namun,daifnya  manusia,
Tidak pernah lekang dari kesilapan,
Tidak pernah jauh dari godaan,
Tidak pernah menolak keinginan hati..
Selalu sahaja termakan pujuk rayu hawa nafsu,
Selalu sahaja tertipu oleh kilauan harta,permata, berlian…
Lupa sudahkan mana asalnya bumi tercinta??
Lupa sudahkah siapa empunya alam semesta??
Sewenang-wenagnya anusia merubah segala,
Bertindak meluluh menghancurkan dunia,
Riaa’, Takbur, Perasaan durjana menguasai kalbu,
Inilah petanda dunia semakin uzur, Lelah bertahan dek permainan manusia.
Sehingga terganggu tidur si Dajjal…

Keegoan mula melebar sayap, membuat sarang terbentang luas,
Kealpaan manusia mula berkuasa,Dosa mula memegang takhta,
Memerintah kerana nikmat dunia.
Tenggelam manusia tidak bernyawa, Tidak berdiri batu nisan sebagai tugu,
Menjadi banteng penghuni palsu, Gelaran bagi penunmpang sementara..
Masih bersisa niat di hati, Yang terpesong jauh dari landasan yang sebenar,
Semakin kaya, Semakin senang, Semakin untung, Semakin dikejar pusaka dunia..

Masya-Allah …Engkaulah jua Maha Berkuasa,
Maha Mengetahuni Hayat dunia,
Wahai Manusia, Sedarlah…
Bukakanlah mata nurani mu,
Berpadu suara, Berganding bahu, Kembalilah kita ke jalan yang benar,
Ke jalan yang lurus, Ke jalan yang diterangi cahaya hidayah,
Ke jalan yang menuju ke syurga..
Duni yang megah Cuma seketika,
Akhirat jua selamanya,
Keindahan syurga tidak terkata,
Mengapa tidak kita ke sana??
Cuma amalan ikhlas kunci utama……



~ NUR ASHIQIN BINTI HAJI OSTIN
~ MA1115517273
~ A1T3


~~ ni lah... puisi ciptaan ku..~~ hehe walaupun simple jaa....

Hm :) yang best dan happy nya, saya dapat tempat PERTAMA dalam pertandingan tu.. hehe bukan nak kata hebat, semua peserta memang agak sengit juga masa tu, macam2 tajuk puisi dan kebanyakkanya baca puisi sendiri, haa kan tak gementar kita...hehe hm tapi kuat kan juga hati ni terus berjuang. Kan awalnya dah merelakan untuk mencuba dalam pertandingan ni.. hee...sebenarnya untuk lebih meyakinkan diri...hehe 



Apa-apa pun semua tu di tangan Allah. Mungkin rezeki saya masa tu. Pencubaan saya masa tu saya takkan lupa. Penyertaan saya mendapat sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan. Terutamanya masa tu Nabil dan Sarimah. Mereka lah meneman kan saya untuk berjuang. Terima kasih sahabat ku. 

Ni lah salah satu kenangan ku semasa di Matriks dulu..  Rindu suasana Matriks suatu ketika dahulu...... hm :)

* harap dapat menjejakkan kaki lagi di sana ~~~~

Sekian...


Friday, 24 May 2013

KIDAL???


Siapa KIDAL ?? hehehe saya tak kidal pun...tapi kawan2 family pun ada yang kidal..dlu kat sekolah menengah, cikgu ckap, orang tangan kidal ni ada kelebihannya tersendiri.. hehe tetibe ingat sekolah.. Jadi, apa keistimewaan kidal ni??? jom3 tgok di bawah ni...


pertama sekali, apa tu kidal?? nanti dah syok nak crit2.. rupanya tak tahu pula apa tu kidal yee..hehehe .
Kidal bermaksud individu yang lebih cenderung menggunakan tangan kiri untuk melakukan berbagai tugasan. 10 peratus dari 6.7 billion populasi di dunia ini adalah manusia yang kidal ( lefthanded ). hm byk juga kn....

Hubungan kidal dengan otak... hm pa crita selanjutnya... 

Secara amnya kidal juga bermaksud lebih menguasai otak di sebelah kanan. Ini adalah kerana otak kita berfungsi secara menyongsang iaitu otak sebelah kiri menguasai bahagian tubuh badan yang di sebelah kanan dan otak sebelah kanan pula menguasai bahagian tubuh badan yang di sebelah kiri. Otak sebelah kiri (cenderung menggunakan tangan kanan) menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan, lojik, matematik dan sains.

Otak sebelah kanan (cenderung menggunakan tangan kiri) menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan. Dengan penguasaan otak ini adalah dikatakan individu kidal lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yg. menggunakan tangan kanan. ooo patutla..kebanyakkan yang kidal ni.. agak ada seninya... hm....

Rumusan

1. Secara kasarnya sekitar 10-15% drp. penduduk dunia adalah kidal.

2. Orang kidal tidak semestinya mempunyai kedua ibubapa yang juga kidal.

3. Menurut kajian tidak ada sesiapapun yang dapat mendefinasikan mengapa sesetengah individu itu dilahirkan kidal. Tidak ada gen yang mengaitkan orang kidal dpt. dikenalpasti, tetapi ianya mempunyai kaitan didalam sesebuah keluarga.

4. Leonardo da Vinci menulis kesemua data peribadinya dari kanan ke kiri (seperti penulisan jawi) sehinggakan sesiapa yang ingin membacanya terpaksa menggunakan cermin untuk menterjemahkan mesej-mesejnya.

5. Hari istimewa untuk orang kidal adalah Hari Kidal Sedunia yang disambut pada 13 Ogos setiap tahun.(ni budaya orang barat-tak perlu ikut..huhu)

6. Lebih ramai lelaki yang kidal berbanding perempuan

7. Individu Kidal, Individu Elastik

Disebabkan individu kidal terpaksa menggunakan pelbagai barangan untuk orang biasa (tangan kanan), mereka terpaksa menyesuaikan diri dalam semua keadaan agar dapat menggunakan sesuatu kemudahan seperti orang bertangan kanan. Akhirnya, mereka dapat menyesuaikan diri dalam semua kerja walaupun dengan gaya kerja yang sedikit berbeza. Dan disebabkan itu juga menjadi faktor orang kidal hidup 9 tahun lebih pendek dari orang dengan tangan kanan secara puratanya.

Orang kidal pintar?

Memang ramai individu kidal yang tersohor tetapi kepintaran mereka bukan kerana kidal tetapi kerana mereka menggunakan 80%-90% otak. Mengikut pendapat aku, individu kidal bukan sahaja menggunakan otak kanan secara maksima,tetapi juga menggunakan otak kiri lebih banyak dari orang biasa yang menggunakan otak kanannya. Orang kidal menggunakan lebih banyak bahagian otak kerana secara ringkasnya mereka juga melakukan beberapa kerja menggunakan tangan kanan selain menggunakan tangan kiri mereka dan secara automatik mereka menggunakan kedua-dua belah bahagian otak lebih dari orang kebiasaan. Bukan semua kidal tu pandai tapi yang pasti, tak kira kidal atau tidak, kalau malas buat kerja.

Makan tangan kiri

Rasulullah saw bersabda, “Wahai anak, bacalah nama Allah dan makanlah dengan tangan kananmu, dan makanlah seterusnya dengan tangan kananmu.” (HR. Bukhori Muslim)

Pasal isu makan guna tangan kiri. Aku rasa ramai kidal pun makan dengan tangan kanan kecuali kalau guna sudu kan? Orang kidal ni selalu kena tegur kalau makan guna sudu. So, bagi orang kidal, makan la guna tangan je. Ikut sunah Nabi, dapat pahala lagi.

Wallahualam.

Hari Wesak


Hari Wesak merupakan hari terpenting bagi penganut agama Buddha kerana hari Wesak melambangkan Kelahiran, Pencerahan Agung, dan Kewafatan Gautama Buddha. Hari Wesak juga dikenali dengan nama Visakah Puja atau Buddha Purnima di India, Vesak di Singapura, Visakha Bucha di Thailand, dan Wesak di Sri Lanka.Lazimnya,penganut ajaran Buddha akan mengunjungi kuil Buddha pada waktu pagi untuk memberikan penghormatan kepada Buddha,yang dilambangkan oleh simbol-simbol Buddha seperti Pagoda, patung Buddha, pokok Bodhi dan Sarikata (relik Buddha). Para penganut juga akan melafazkan semula Tisarana (Tiga Perlindungan: Buddha, Dhamma dan Sangha) untuk memperbaharui komitmen mereka kepada ajaran Buddha. Perlindungan, dalam pengertian ajaran Buddha merujuk kepada perlindungan daripada kesengsaraan dan ketidakpuasan duniawi.
  • Berlindung kepada Buddha membawa maksud menyanjungi Buddha sebagai Guru Agung yang telah menunjukkan cara untuk mendapat kedamaian dalam kehidupan.
  • Berlindung kepada Dhamma bermaksud keyakinan serta mengamalkan ajaran Buddha untuk mendapat kedamaian dalam hidup iaitu Nibbana.
  • Berlindung kepada Sangha bermaksud mendapat sokongan serta menyokong sesama umat Buddha dalam mengamalkan ajaran Buddha.

Memusatkan fikiran kepada lapan prinsip "Precepts" sementara para sami yang memakai sarung kuning akan membaca kitab Buddha "Sutras".Selepas itu penganut Buddha akan bersembahyang dan melepaskan burung merpati. Hari Wesak juga merupakan hari memberi makan kepada orang miskin dan sedekah kepada para sami. Hari Wesak dirayakan oleh semua penganut ugama Budha di seluruh dunia.



Ia dirayakan dalam bulan Mei pada waktu terang bulan (purnama sidhi) untuk memperingati tiga peristiwa penting, iaitu:
  1. Kelahiran Siddharta Buddha di Taman Lumbini pada tahun 623 S.M.
  1. Siddharta Buddha mendapat ilham Agung dan menjadi Buddha di Buddha-Gaya pada usia 35 tahun di tahun 588 S.M.
  1. Buddha Gautama mangkat di Kusinara pada usia 80 tahun di tahun 543 S.M.



"SELAMAT HARI WESAK" 1MALAYSIA.... :)